Jadual aku penuh.

Assalammualaikum dan selamat malam.

aku punya jadual pada tahun ini sangat penuh aku cuma free malam isnin dan selasa. malam lain semua penuh kelas semua. bermula pada malam Rabu sampai malam Ahad. malam Ahad aku ada kelas math mode, aku tak nak pergi, tapi mak aku suruh pergi juga. Masalahnya, math mode aku bukannya teruk pun aku faham apa yang cikgu wan salina dan cikgu asmah ajar. kalau tak faham, tak mungkinlah aku akan dapat A kan? (astaga, tak elok riak) tak apalah mungkin itu yang terbaik mak aku fikir untuk aku.

Isnin, Selasa dan Khamis, aku sibuk dengan kelas di sekolah. Pukul 4 sampai pukul 5 bhai. gila tak gila. dahlah balik sekolah pukul 1510 petang. sambung dengan kelas petang di sekolah. hari Selasa pula aku ada latihan rumah sukan. latihan rumah mula pukul 5 sampai pukul 6 petang. aku sampai rumah dekat-dekat maghrib. malam itu, aku rasa aku tidur awal. burn dah satu malam. tinggal malam Isnin sajalah yang aku free pun. paling kesian dekat adik dan kawan aku yang tuisyen malam selasa. mesti korang penatkan? adik aku pun sampai stress. rilek acap. kau study betul-betul. pergi sekolah lain. teknik, SBP dan MRSM ada. asalkan kau dapat keputusan bagus. lelaki senang dapat mana-mana. lainlah perempuan. -..-

Petang Rabu dengan pagi Sabtu aku sibuk dengan memanah pula. bhai~ bila aku nak rehat? hari Ahad saja kah? ayah dan mak aku paling penat sekali. hantar kita orang adik-beradik pergi sekolah, ambil adik aku KAFA pukul 1730 petang, hantar aku dan acap pergi tuisyen, hari ahad melawat kimi dekat asrama dia. bila ibu bapa aku nak berehat? mereka juga perlukan rehat. mereka bukannya robot yang boleh buat kerja dalam sesuatu masa. mereka bukannya muda lagi. mereka dah umur 40 lebih dah. adik-adik aku kecil lagi. kalau aku tak berjaya saja je. buat ibu bapa aku sakit hati saja.

Sekolah aku buat macam itu demi mencapai misi sekolah. SMK Mengkuang (korang tahu kan mana sekolah tu terletak?) menjadi sekolah yang terbaik menjelang tahun 2013. tahun inilah 2013! kenapa bukan lagi 10 tahun ke? pada masa itu, aku mungkin dah kerja. aku boleh tolong hantar adik aku pergi sekolah dan sebagainya. wahai sekolah. aku tak kisah dengan kelas petang tu. tapi, bagilah kita orang balik pada pukul 1410 petang. kelas petang tu boleh mula pada pukul 1500 hingga 1600. kemudian latihan rumah, mula pada pukul 1600 hingga 1700.   apabila murid tak penat, barulah sekolah mencapai kejayaan (ayat mak aku)

p/s tak tersangka. aku tulis panjang.selalunya pendek saja. mak aku ada cakap dekat aku dengan Batrisyia pergilah jumpa PK hangpa. cakaplah kenapa balik lambat. murid-murid penat. cikgu-cikgu perempuan nak jaga anak lagi, nak masak lagi.bila diorang nak berehat? bila murid-murid nak buat kerja sekolah?. hemm~ kalau aku cakap macam itu dekat PK aku, semestinya aku kena jerkah balik. lepas itu, mesti dia cakap aku tak beradab dan sebagainya. tak apalah. ikut suka sekolah itu nak buat macam mana. aku tak nak ambil peduli. bila kawan-kawan aku merungut, aku nak senyap saja. kunci mulut.

adios~


Blogger Make Me Pretty said...

Jadual penuh? kasi la ruang rehat sikit ok... :) Jom tengok2 online store kami,mane tahu berminat :) http://makemeprettygirl.blogspot.com/

 

Post a Comment

Older Post | Newer Post