Malam Panca D'5
AssalammualaikumSekiranya malam ini sekolah aku sibuk dengan Malam Kebudayaan tapi sekolah lama aku sibuk dengan Malam Panca D'5. seriously, aku tersangat rindu terhadap sekolah lama tu. aku nak pergi sekolah tu nak jumpa semua Fivers (batch akulah). tapi nak buat macam perjalanan dari utara nak pergi ke selatan mengambil masa lebih kurang 6 JAM. oh, terlupa nak cakap Malam Kebudayaan itu khas untuk budak asrama je, budak outsider macam aku mana boleh masuk campuq. :P
Ada orang tertanya-tanya, apa keistimewaan Malam panca D'5 ni? nah baca. petikan diambil dari blog sekolah lama aku. kahkah. aku malas nak fikir. so copy and paste is the easier way. :{D
Program ini memberi peluang pelajar tingkatan lima membuka gerai jualan makanan dan minuman , permainan dan pelajar tingkatan yang lain terlibat untuk mengadakan persembahan kebudayaan untuk turut sert dalam program ini .Di samping membudayakan keusahawanan program ini juga mempunyai matlamat untuk memberi pengalaman kepada pelajar untuk merancang perbelanjaan , bekerjasama sesama kumpulan dan menunjukkan kecintaan kepada sekolah dimana pada akhir program batch 0913 akan memberi sedikit dari peratusan keuntungan untuk tabung kebajikan pelajar.Penyertaan pelajar adalah tarian Melayu Tingkatan 2, Boria Tingkatan 3 dan Dikir Barat Tingkatan 4. Manakala karoeke terbuka untuk semua.

2009 punya gambar.
kak nicki (form 5 last year) ada tanya aku: 'fiha, taknak melawat mozac ke?'.
aku: 'rumah jauhlah kak'
kak nicki: 'oh yeke?'
aku: 'yup'
tak tersangka. kak nicki masih lagi ingat aku. cewah~ kesimpulannya, aku tak dapat pergi malam panca D'5. aku ada ajak ayah aku pergi Melaka. ayah aku marah aku. dia kata nak pergi Seremban pun ambil masa 6 jam apatah lagi Melaka. Sorry Efa dengan Naimah. aku tak dapat pergi. huhuhu tak dapat jumpa korang.
Sebelum aku terlupa gerai tingkatan 5 alpha, beta dan omega menjual makanan. sigma menjual air. theta membuat gerai permainan. Jemput-jemputlah hadir :D
sekolah menengah muzaffar syah untuk maklumat lanjut bolehlah menekan butang sekolah menengah muzaffar syah itu. promosi -___- tak payah promosi pun, aku rasa ramai dah kenal sekolah itu.
Selamat Malam
Post a Comment