ramadan just around the corner~
Assalammualaikum.ramadan semakin menghampiri kita. pada hari rabu ni bersamaan 1 ramadan 1434 hijrah semua umat Islam di Malaysia akan menyambutnya. sebelum itu, bagi yang perempuan sudahkah anda berpuasa ganti? kalau sudah, alhamdullillah =D bagaimanakah persiapan anda untuk berpuasa? sudah bersedia atau belum? sudah ingat niat berpuasa? kalau belum, jom baca apa yang saya nak tulis. :D hehehe
niat solat terawih dan solat witir:
mak aku ada cakap bulan ramadan elok sekiranya kita bangun awal pagi ulangkaji dan membaca. sebenarnya, tiap-tiap bulan bagus kalau korang bangun awal pagi baca buku. tapi, bulan puasa ni elok sebab lepas sahur, tak mungkin kita akan tidur balik kan? daripada korang membazir masa tidur semula baik baca al-quran atau baca buku. lagipun, kalau baca al-quran, satu huruf bersamaan 10 pahala yang akan korang dapat. JADI, apa kata kita semua kejar pahala? INGAT. ini mungkin RAMADAN KITA YANG TERAKHIR. =D mungkin kita tak akan jumpa ramadan lagi pada masa akan datang. bercakap pasal ramadan, aku ada mimpi salah seorang ahli keluarga aku meninggal pada bulan ramadan. aku tak akan cakap dekat korang siapa. bila aku bangun dari tidur, aku terus menangis. kemudian, aku sedar. aku sebenarnya sangat sayang pada ahli keluarga aku. aku tak ingin kehilangan ahli keluarga aku.
apa-apa pun selamat menyambut Ramadan. semoga korang semua mendapat ramadan yang berkat daripada sebelum ini. :D
Post a Comment