A trip to Melaka part 1
assalammualaikum dan hello.

Hey~ Hwak meureo geu daeum mak mak heundeulha jeongshi naege. okay.stop merepek dulu. actually, pada 3, 4 dan 5 haribulan aku melancong ke Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya, Shah Alam dan Kuala Lumpur. woah~ banyaknya tempat. larat ke nak berjalan? Alhamdullilah kami semua larat nak berjalan. Pelancongan ini ditaja oleh pihak sekolah. seramai 60 lebih pelajar dan 15 orang guru. kalau aku tak silap. aku malas nak menghitung berapa ramai.

kami semua berkumpul seawal 6 pagi. haha awalkan? tapi bertolak pada pukul 8 pagi. gila lama aku nak tunggu tapi aku datang lambat lebih kurang pukul 640 pagi. kami dibahagi kepada dua bas. bas A dan bas B. bas A terdiri daripada semua pelajar (campur lelaki dan perempuan) bas B pula terdiri daripada beberapa orang pelajar dan cikgu. aku naik bas A. okok terpisah daripada geng asramalah pula. naik bas memang bosan gila. aku asyik tidur je. bila sampai kawasan negeri sembilan aku terus terjaga. haha. act.ada sebab sebenarnya. sebelum sampai  ke Melaka, korang akan lalu di hadapan sekolah SDAR kan? bertentangan dengan sekolah itu, kawasan perumahan lama aku. serius rindu seyh~

sampai melaka lebih kurang pukul 6 lebih. aku tak ingat masalah. kami semua terus pergi ke perigi hang tuah.

sedikit info sempena Tahun Melawat Malaysia 2014:
Perigi Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka ini dikatakan mempunyai kaitan dengan Hang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyung ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.
Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.

 
 image:google
 
image:google

maaflah.kamera aku habis bateri masa sampai di perigi hang tuah terlupa cas kamera. baiklah sebelah malam, kami mendapat jemputan untuk menghadiri jamuan makan malam di taman Bukit katil Jaya Melaka oleh seorang datuk. (erm.aku lupa nama datuk tu.maaf datuk). rumah datuk tu tersangat cantik siap ada surau lagi. nama surau tu surau Agib. aku rasa korang tahulah. 

 inilah dia surau Agib tu :)

:) syiffa our captain

  teka mana aku?

  we're aspuri kecuali aku ;)

 budak kpop. diorang nak ambil d.o aku. mana boleh. -.-

semua gambar ini dekat rumah datuk tersebut. pakaian aku memang tak sesuai gila untuk dinner. apakan daya, kami pergi melancong mementingkan keselesaan. aku pakai t-shirt. sangat selesa. selepas dinner, pergi river cruise pula. woohoo. memang lawa dengan lampu berwarna-warni. semua bayaran bil elektrik di sekitar sungai itu ditaja oleh ketua menteri Melaka. kalau aku tak silap. hehe. aku memang tak mengambil gambar sebab gambar bergoyang. :D

jadi, lawatlah melaka :) aku boleh jadi tourist guide, aku perlukan seorang peneman :) ok gurau je
Older Post | Newer Post