Renung-renungkan (:
Assalammualaikum.Baiklah pada malam ini cuba kita semua berhenti berfikir berkenaan Kpop buat sementara waktu
(semi-hiatus). Boleh tak? aku cuma nak berkongsi sesuatu yang aku jumpa dalam rumah.

YANG BAIK ITU HANYA DATANG DARI ALLAH
tepislah egomu,
kerana egolah manusia menjadi sombong,
bongkak dan tidak berperikemanusiaan,
jagalah adab percakapanmu,
walau pada kamu itu biasa kadangkala,
ia tidak pada orang lain,
janganlah terlalu membangga diri,
sedangkan kita kecil di sisiNya
hormati orang sekeliling,
tua atau muda kerana mereka punya perasaan,
jangan mudah berprasangka,
jangan mudah berprasangka,
kerana ia adalah jalan mula untuk fitnah,
janganlah menganggap diri kita sempurna,
kerana sempurna itu hanyalah untuk Allah
janganlah terlalu mengira hak diri
sedangkan hak Allah yang sepatut kita tunaikan
kadang pun tidak dihiraukan
cerminkan diri sendiri
bersikaplah adil pada diri dan alam sekeliling
kita tidak punya hak apa-apa
semuanya milik yang Esa ..
akhir kalam. aku pun manusia biasa juga yang biasa melakukan kesilapan. tetapi kadang-kala tidak salah sekiranya aku berkongsi ilmu yang boleh kita semua memanfaatkan. terima kasih. aku rasa macam nak semi-hiatus daripada dunia kpop buat sementara waktu.
Post a Comment