Mashing March.
Assalammualaikum ^_^

erm.tolong diam sikit dan dengar apa yang aku nak ceritakan. 

mula-mula sekali, keputusan SPM dah nak keluar.lagi 15 hari sahaja lagi. aku selalu terfikir adakah aku mampu membahagiakan kedua-dua ibu bapa aku dengan keputusan aku. adakah aku dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. aku rasa semakin lama aku fikir aku rasa aku boleh botak ni. haha. merepek. Ya Allah bagilah hamba-Mu ini tabah untuk menghadapi cabaran yang berlaku pada 20 Mac ini. aku takut sangat pasal segala benda ini. aku bagi tahu mak aku pasal perasaan aku. mak aku cuma cakap baca al-Quran dan berdoa banyak dan minta Allah tabahkan hati semasa menerima keputusan. Baca Al-Quran memang mampu menenagkan hati yang gelisah. Benar!

yang kedua ujian JPJ. Ya Allah. Ya Allah. perkara kedua yang aku takut benda alah ni. ujian aku kalau tak silap minggu depan ataupun minggu lagi satu. aku kalau gelabah + gementar= blank. serius. aku macam hilang ingatan tak tahu nak buat apa. aku rasa macam tak yakin gila terhadap ujian JPJ. semangat aku menurun tahap megawatt kot. hurm.aku tak naklah fikir pasal benda ini. memanglah teruja kalau dah dapat lesen P tapi ujian JPJ yang membuatkan aku macam kucing hilang anak. Kalau dapat JPJ yang baik. Alhamdullilah. kalau dapat yang garang. tiada komen. (gelak) Ya Allah bagilah hamba-Mu dapat buat yang terbaik. Amin.

yang ketiga. tarikh lahir aku minggu depan. haha. ayah aku suka takutkan aku dengan keputusan SPM. ayah aku kata keputusan SPM menentukan sama ada aku dapat hadiah yang paling tak bernilai ataupun aku dapat hadiah pahit macam hempedu. kata-kata ayah aku tu membuatkan aku berfikir berjuta-juta kali setiap kali aku teringat kata-kata ayah aku. dan aku rasakan betul apa yang ayah aku katakan. gementar tahap giga.

p/s: semua yang aku tulis ni membuatkan aku gementar dan membuatkan aku berfikir banyak berbanding nak selesaikan matematik moden.(gelak) aku paling takut sekali ketiga-tiga perkara di atas. aku tak boleh pilih. --' aku rasa semua menakutkan. *tarik nafas* tenangkan diri anda. harap aku mampu buat yang terbaik.

perasaan aku macam ni. -.- untuk masa sekarang



Labels: , , , ,

Older Post | Newer Post