Catatan Kilat~ swoosh
Assalammualaikum.

intai blog aku eh? /mood mengacau orang/

Bismillahirrahmanirrahim. Baiklah sejak akhir-akhir ni aku tersangat-sangat jarang online. Aku sibuklah dengan keputusan SPM, mengisi borang (Ya Allah murahkanlah rezeki Nurul Fatihah), buat ujian JPJ, balik kampung dan banyak lagi. takkan aku nak habaq secara terperinci.

Baiklah mula-mula sekali keputusan SPM aku. aku cuma boleh cakap aku tak straight A's macam 13970 orang pelajar SPM 2013 yang lain. sedih kan? nak buat macam mana dah setakat itu sahaja usaha aku. aku ambil 9 subjek dan ada 1B+ yang lain alhamdullilah A cuma taknak cakap berapa A+, A dan A-. subjek yang lain alhamdullilah. lewls~ pfft. sepupu aku lelaki sekolah *tut* (sekolah hebat jugalah)  pun sama saja keputusan dengan aku iaitu dia ada 1B+ juga tapi dia lagi hebat daripada aku. A dia bukan A rojak mcm aku. Apa-apa pun tahniah bagi yang straight A's dan straight A's+ :D korang memang hebat :D

Ujian JPJ. lawak yang ni. aku kena ulang ujian JPJ. 2 kali kot. dalam litar lepas semua. atas jalan raya saja tak. choii. tapi sekarang dah lepas dah. :D masa ulangan kali kedua itu JPJ ada tanya.

JPJ: hang nak lulus tak?
aku: naklah
JPJ: nak lulus buat elok.bukan tak boleh bagi lulus tapi kita ada satu nyawa jadi hargailah nyawa kita.
aku: *angguk kepala*

Alhamdullilah lulus. terima kasih tuan. /sebenarnya aku termati enjin masa ada roadblock. 2 kali/ mesti JPJ tu kesian sangat tengok aku kena ulang. T_T.terima kasih tuan terima kasih.

aku rasa sampai di sini sahaja aku menulis. semoga berjumpa pada hari yang lain pada waktu dan hari yang tidak sama. xP hahahambar. Assalammualaikum~


Older Post | Newer Post