because final is next week~
Assalammualaikum.sudah lama rasanya tidak meng-update blog. sebab sibuk sangat dengan pelajaran dan nak adaptasi lagi suasana tinggal berdikari. baiklah. hari ini kita jangan menggunakan bahasa yang terlalu baku sangat. kesian dekat korang. hehe.
pertama sekali aku nak cakap minggu depan aku final exam. hurm. serius takut. semakin kita membesar semakin sekejap je suasana pembelajaran tu. contohnya macam yang aku lalui sekarang. aku hanya ada 14 minggu sahaja untuk belajar lepas tu final. so minggu depan aku final-lah nampaknya. pada orang yang selalu sangat cakap. 'fiha, kau pandai tak apalah' (amin) baiklah. dengar sini apa yang aku nak pesan. tbh, aku tak pandai sangat. kalau korang rajin berusaha maka manislah hasilmu. itu je pesanan aku. apa-apa pun tolonglah doakan agar Nurul Fatihah mampu menjawab soalan final dengan tenang. aku akan tutup segala akaun sosial (aku ada twitter dengan instagram je) sekirannya aku berjaya. insyaAllah.
seterusnya, tahniah kepada pelajar matrik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. sibuk menulis pasal keputusan matrik ni, nak dengar cerita? aku ada kenal seorang tu, satu sekolah dengan aku dan sekelas dengan aku (cewah nak juga. pun boleh). dulu spm dia biasa je. tak silap aku 5 atau 6 atau 7 A sahaja. tapi bila dia masuk matrik, dia pulun sungguh-sungguh. dan guess what? dia berjaya dapat 3.8 see kan aku dah kata kalau korang rajin berusaha maka manislah usahamu. sebenarnya aku boleh nampak dia jenis yang rajin study sebelum spm lagi. tapi masa dapat keputusan spm tu dia tak mengeluh pun bila dapat keputusan yang kurang memberangsangkan malah dia gembira dengan keputusan tu. itulah hikmahnya bila kita bersabar dengan dugaan yang menimpa. mungkin agak lambat kita mendapat kemanisan itu tapi percayalah Allah sentiasa menunaikan janjinya.
baiklah. banyak tak pengajaran yang korang boleh ambil daripada kisah di atas. okay. itu juga merupakan satu pengajaran untuk diri aku. sebabnya, jangan ingat korang dapat keputusan spm yang bagus korang boleh bersenang-lenang. korang still perlu bersusah-payah untuk mendapat kejayaan kerana untuk mendapat kejayaan itu jalannya cukup berliku. cewah. ayat aku tak menahan. inilah akibatnya apabila sudah lama tidak menulis. mungkin apa yang aku tulis dan menaip di blog ini tak mampu nak menarik korang kerana penulisan korang lagi bagus, lagi hebat dan lagi puitis dari segi susunan ayat, tapi nak buat macam mana inilah keupayaan aku. apa-apa pun doakanlah kejayaan saya ya. (hehe) assalammualaikum~
Post a Comment