Ego
Assalammualaikumsebenarnya dah lama teringin nak buat tajuk ego. (senyum) tapi kali ini aku cuba nak menulis juga sebabnya aku terasa aku ego. (gelak) Baiklah menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat, ego membawa maksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya: dan sebagai hamba yg sudah bebas kembali, ~nya datang, keperibadiannya tumbuh, sifatnya sbg manusia berkembang dan mengukuh kuat; beliau mengakui bahawa perasaan ~ny. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi kedua, ego membawa maksud sifat-sifat seseorang sbg individu (kelakuannya, keupayaannya berfikir dsb); keperibadian. 2 perasaan mementingkan diri atau menganggp diri sendiri lebih (mulia, istimewa dsb) drpd orang lain; perasaan megah akan diri sendiri: Dia tidak mengaku bersalah kerana ~nya terlalu tinggi. keegoan keadaan atau sifat mementingkan diri sendiri; sifat bermegah akan diri sendiri.
Sebenarnya aku setuju terhadap edisi kedua berbanding keempat (maafkan saya, ini hanyalah pendapat). Sebenarnya aku tak bermaksud nak menjelaskan maksud ego aku cuma nak berkongsi agar kita dapat mengetahui maksud ego dengan lebih mendalam. (hahaha) bercakap pasal ego, sebenarnya tadi aku tertengok dan terdengar lagu mohon restu (mohon restu ialah kalau adik-adik semua pelajar tingkatan 3 mahupun 5 mesti akan ada program ini.buat solat taubat dan solat hajat. lepas itu mulalah kaunselor atau akak/ abang fasilitator buka lagu yang sedih-sedih. suruh korang duduk tepi ibu, mak, mama, mummy, ummi korang. kemudian dorang semua suruh korang fikir apa yang korang buat untuk bahagiakan mereka. korang pun akan mulalah berfikir apa salah korang dan menangis) baiklah berhenti di sini dahulu sebab aku tak nak jelaskan dengan panjang lebar.
Berbalik kepada apa yang nak aku sampaikan. Masa aku tingkatan 3 adalah program tersebut dan nak jadikan cerita mama aku pun hadir ke majlis tersebut. semasa para kaunselor pasang video tersebut (yang sedih tu), kebanyakkan pelajar dan ibubapa mereka menangis. sebenarnya, aku pun nak menangis. (cengeng) TAPI kau tahu apa mama aku cakap. sebenarnya, mama rasa tak perlu kot nak nangis-nangis ni sebab nanti korang buat salah balik dekat parents korang tu. insaf sekejap je. lepas tu, balik rumah mulalah perangai lama balik iaitu malas nak baca buku. (nampak tak mak aku macam takda perasaan. /speechless/) kata-kata itu ditujukan kepada aku. walaupun sebenarnya teringin nak nangis tapi aku sematkan kata-kata tu dalam lubuk hati, senang cerita aku rasa dua-dua ego. taknak jelaskan dengan lebih lanjut. program tu bagus sebab ia mampu membuatkan kita insaf sebab biasalah manusia memang suka akan kebaikan. mereka akan terdorong ke arah kebaikan apabila di ajak. tapi bila berjumpa 'kawan-kawan' yang sekepala. hilang terus kebaikan tu.
Persoalannya sekarang, adakah anda juga seorang yang ego?
ps: kadang-kadang nak minta maaf dekat orang pun susahkan. biasalah~ tapi perlu juga rendahkan ego korang. teringin nak ubah blogskin yang baru tapi seperti biasa aku malas nak bermain dengan code sebab tersangat leceh. 4 more weeks then I'll change it.~
Post a Comment